Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk meneruskan agenda perpaduan nasional bagi memastikan pembangunan dan kemajuan negeri Bumi Kenyalang ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Sarawak adalah antara negeri yang sentiasa diberi keutamaan kerajaan PN dalam apa jua program pembangunan terutama bagi merapatkan jurang ekonomi antara wilayah di negeri itu.
Katanya, perkara itu selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif di semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah.
"Perpaduan nasional adalah elemen penting dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan stabil.
"Usaha menyatupadukan rakyat menerusi pengukuhan integrasi kaum di negara ini telah dimulakan sejak sekian lama," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya di sini pada Rabu.
Terdahulu beliau hadir meraikan Sambutan Hari Sarawak bersama Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diadakan pada jamuan tengah hari di Parlimen.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Sarawak khusus kepada rakyat di negeri itu.
"Hari ini adalah hari bersejarah bagi Sarawak. Pada tarikh ini seluruh rakyat menyambut Hari Sarawak untuk mengingati jasa dan pengorbanan pemimpin dan pejuang kemerdekaan Sarawak.
"Sempena Hari Sarawak, kamek nak ngucap Selamat Ari Sarawak kepada semua penduduk negeri Sarawak," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Jul 22 2020
"Sempena Hari Sarawak, kamek nak ngucap Selamat Ari Sarawak kepada semua penduduk negeri Sarawak," kata Muhyiddin. - BERNAMA
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.